Wednesday 24 June 2015

TRY HARD.

kalau perasan, belakangan ni keakraban media dan remaja macam isi dengan kuku. 
kekamcengannya bukan main lagi, belangkas pun jeles. 
berkepit sana sini, lebih parah sebahagian besar masa kita habis kat skrin empat segi tu je. 
assignment delay, solat asyik postpone dalam hati cakap lagi lima minit je, lima miniiiittt je lagiiii.
last-last lagi lima minit nak habis baru menggelabah ambil wuduk dah tu solat mcm ayam patuk gandum.


jadi aku tertanya-tanya does this technology is really ruining us?
tepuk dada tanya diri masing-masing sekaranggg.

aku rasa, depends pada orang jugak la.
depends pada cara masing-masing kawal diri. 

tapi ikut pemerhatian pada diri sendiri dan orang terdekat,
aku nengok mmg sah-sah internet ni lagi banyak mudarat dari manfaatnya.

serius.

aku admit, zaman sekarang without whatsapp, fb, twitter etc. communication might becomes harder.
as most of the informations & announcements mcm kelas batal, ada test mengejut, spotcheck mengejut & lain2 berita mengejut will be spread through these kind of medium. 
meaning kalau pakai henset 3310 tu kene usaha lebih la rajin update sendiri dgn member yg mmg ngam dgn social media. yedak?

as for me, untuk bertegas dengan diri supaya lessen online activity sangat-sangat la susah.

sebab benda yang seronok bagi kita, mmg payah nak stop & buat kerja lain yg sebenarnya JAUH LAGI PENTING rather than tweet merapu, share resipi bergelen-gelen tapi buatnya tidak pun. 
mereput la resepi kat timeline pesbuk tu cis. u_u

haa. tengok tu. ganggu fokus betul. -_-"


tapi nak habaqnya dalam masa aku duk scroll-scroll 'garis masa' pesbuk tu, 
aku selalu la follow perkembangan sorang senior ni.
dan makin lama, aku makin respek dgn beliau.
fikrahnya maashaaAllah tabarakallah.
bukan calang-calang!

time sekolah dulu whether dia mmg low profile sampai aku tak kenal atau aku ni mmg mcm katak
bawah tempurung atau lagi satu possibility, mmg aku tak sempat masuk sekolah tu lagi time dia still kat situ. 
tapi sekarang dia presiden mpp kat unibersiti yg femes & top kat msia.
fuhh. *banjir peluh*


so aku stress sorang-sorang duk fikir macam mana nak jadi hebat macam dia.
nak tiru rutin dia. nak jadi pemimpin yg berjuang utk kebebasan mahasiswa bagai.
macam-macam aku compare diri aku dgn dia. sampai aku rasa macam gambar kat bawah ni.

rendah diri tak rendah diri beb.


tapi tak lama lepas tu aku muhasabah diri balik.
yang aku beriya nak jadi hebat ni apesal?
dan kalau pun bersungguh nak jadi pemimpin, perlu ke aku tiru cara dia bulat-bulat?
bidang yang dia involve, cara dia memimpin. 
karakter!

takkan itu pun nak copy paste. 
lagipun dia rijal kot. 

for sure lebih terserlah karisma kepimpinan tu sebab Allah sendiri berfirman ;


"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita
Oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) 
atas sebahagian yang lain (wanita).........."

(An Nisaa’ : 34)


that is why...


Stop compare , starts moving oyeah ! 

i   might not yet as GREAT as him, 
but i honestly & strongly believe that Allah SWT has a BIGGER plan for me. :)

i just need to be thankful for who i am, accepting myself
and loving myself more.

i will start to find out my STRENGTH 
and give more attention on developing it.
while for my weakness, im gonna say BYEBYE to it ! kah.

orang selalu cakap, 
kalau kita ada ketakutan atau masalah, 
tak ada cara lain utk kita conquer ketakutan tu
melainkan kita tempuh benda tu sambil bukak mata luas-luas dan
akhirnya kau jerit kuat-kuat 
" HOI MASALAH, AKU DAH BERJAYA ATASI KAU SEKARANG, 
SO NOW YOU ARE NOTHING TO ME !! "

walaupun pada mulanya kita tak kuat. rasa nak patah balik.
rasa dah tersalah langkah. pedulikan.
teruskan perjalanan. teruskan melangkah. walau kaki dan tangan kau menggigil.

ingat Allah ada utk support hijrah kau. 
dengan syarat niat kau semata-mata utk cari Mardhatillah !


orang lain dah maju ke depan jauh sangat dah!
kita kalau masih lagi dibelenggu rasa INFERIOR, 
selama-lamanya lah takkan dapat gain trust orang lain.

sebab diri sendiri pun tak mampu nak percayakan diri sendiri. 
kesian kan?


bawak-bawak la kesiankan diri sendiri ash.

kau ada potensi. cuma perlu lawan rasa rendah diri tu.
bangkit ok.

luruskan niat kenapa kau nak jadi hebat.
semua sebab Allah kan?

sebab islam sendiri gariskan, ciri mukmin yang paling baik itu ialah,
yang paling bermanfaat untuk orang lain. :) 


jadi, bila kita ada kelebihan, kita dapat bantu orang banyak-banyak.





its okay baru nak mula.
at least, bukan statik di takuk lama.
tapi kau kena cepat cha. kau dah 20 tahun.
bukan muda lagi dah. ingat dulu sultan al-fateh umur sebaya kau dah tawan kota konstatinopel yang beratus tahun tak da siapa berjaya tawan.

ini nak tawan hawa nafsu sendiri utk mujahadah jadi a better muslim pun takkan berhuhu lagi kot.

jadi, mari mengorak langkah perubahan sekarang!


so setakat ni perancangan aku, kalau ada rezeki sambung degree bulan 9 ni,
aku nak try imbangkan akademik, kepimpinan dan spiritual betul-betul,
jujur la, aku bukan jenis pemimpin punya orang.
aku lebih selesa dipimpin dari memimpin. itu kurangnya aku.
maka, moh la berjinak-jinak masuk debate ke apa utk gain keberanian menyuarakan pendapat.
try involve diri dalam saf kepimpinan. kalau kau rasa nak jadik mpp tu mcm drastik sangat,
mula la dengan pembantu mahasiswa dulu. kutip as much as pengalaman sementara muda dan sihat ni k.

plus kat melaka ada pondok baitul qurro. peluang utk tambah ilmu akhirat dah terbentang.
manfaatkan peluang dan ruang yang ada ok, bakal madrasah ummah !

cakap nak jadi srikandi islam. hati misti mau sado. iman misti mau kental. kihkih.

selamat berjuang semua. !