Friday 2 October 2015

Kerana Cinta.

12.36 pm | Stesen Komuter TBS | 27 September 2015




"naz, eca dah sampai TBS ni. naz kat mana?"
'kita tengah beli tiket!! sorry lambat'

"ok, cepat sikit."



telefon pintar itu diletakkan di sisi.
dia memandang ke kanan dan ke kiri. 
leka memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang.

tiba-tiba anak matanya tertancap ke arah sebuah sosok.
lama. tak berkedip. 

'aku dulu pernah seperti itu -- namun kini tidak lagi. mungkin masih bukan waktunya.' 
detik hati kecilnya.


jujur bercerita ,
aku pernah menjadi sepertinya -- 
pernah memakai secebis kain di muka. 
yang mereka gelarkan sebagai niqabis.
tak lama -- dalam setahun.

namun,

setahun yang cukup bermakna.
yang mengajarkan aku bahawa taqwa itu nilainya letak di jiwa.
lalu mengalir ke bahagian lainnya.

setahun juga mengajarkan aku bahawa jalan hijrah itu luas.
skopnya tak terjangkau dek pemikiran dangkal manusia.

perasaan tenang yang tak tergambar dengan abjad dan aksara mahupun frasa--
hanya hati yang mampu menafsir rasa itu.
dan pengalaman ternyata guru terbaik seseorang.

selagi tak cuba , selagi tu tak tahu situasi sebenar.
dan hidup ni sebuah proses --
yang menjadikan pengalaman sebagai guru terbaik.
dan utk mengecapi makna sebenar kehidupan , 
butuh ilmu yang menjadi lampu suluh di sepanjang perjalanan kita yg cukup panjang.
juga 'support system' yang kukuh ; sahabat.
biah solehah ; lingkungan persekitaran yang baik.


tipu siapa cakap dia tak suka utk dilindungi. tipu.
siapa tak suka perasaan selamat dan selesa.
itu la perasaannya bila tertutup.
hatta dengan baju longgar, tak jarang dan berstoking pun kita dah aman.
inikan pula bila muka pun ditutup. 


tapi sekarang,

niqab disimpan rapi kerana aku menghormati nilainya.
mengambil tindakan memakainya bererti kita harus sedia menggalas satu lagi level cabaran kehidupan;
duta cilik islam.
yg lebih dihighlightkan.

dan sesungguhnya aku belum mampu.

bahkan utk itu butuh ilmu.
utk beramal, prasyarat yg perlu adalah kefahaman. 
bukan ikutan rasa hati semata.

tinggalkan kerana nilai yg tinggi di hati.

hingga ketemu jawapan yg terbaik. 
mohon doa :')





:)








 

Monolog dengan Tuhan.


ada benda -- 
yang cukup kau dengan Tuhan saja tahu.

ambil masa, carilah waktu intim kau dengan Tuhan.
bicara dengan Dia.
lebih dari kau adukan pada makhlukNya.

kerna sebaik-baik penolong tiada yang lain --
selain yang maha Esa.


:')