Monday, 30 June 2014

Assalamualaikum and good morning!
During this blessed 3rd Ramadhan 1435H,Allah dah gerakkan hati n jari ni utk click blogger. What a magical isnt it.
Its been a very long gap since the last post was updated.
And Alhamdulillah Allah is still giving me a chance to breath, up till now.
Banyak kejadian, insiden, memori, kenangan dan cerita yang berlaku sepanjang diri ni teramat malas nak stay updated kat blog :)
so much to be told but kita cerita yang betul-betul need to be highlighted jela boleh? Cakaplah boleh. Ok.

A story per post should be enough kan. Ok terimakasih sebab angguk tanda setuju. :D

Kebenaran itu-tidak selamanya berdiam diri.


Aku sedar hakikat ni sejak beberapa hari sebelum ramadhan.
Rutin kerja yang tak disangka-sangka, dah mempertemukan aku dengan kebenaran.
Kebenaran tentang buruknya sikap judmental dan su'udzzhon.
Lagi-lagi bila sikap ni diaplikasi pada orang yang kita belum kenal secara dekat.

Selama ni aku dah banyak sangat bersangka buruk dengan seseorang ni.
Disebabkan banyak faktor sebenarnya.
Tapi at last, Allah nak tunjuk juga yang sebenarnya someone tu baik orangnya.
Allahu.. Malunya ana kalau orang tu tahu..

In shaa Allah in the future i'll keep myself positive and determinely prevent myself from repeating the same mistakes.

Happy fasting everyone :)


Friday, 7 June 2013

m o n o l o g h a t i 1 - SELENDANG PELANGI .

dulu selendang pelangi tu nampak cantik sangat.
dulu pandang selendang pelangi tu je pun dah boleh senyum sorang-sorang.
dulu rasa macam orang paling berseri sekali dalam taman kalau pakai selendang pelangi tu.
dulu rasa hati macam berbunga-bunga je bila pakai selendang pelangi tu.
tapi tu dulu.
sekarang lain.
sekarang selandang pelangi tu masih lagi cantik.
tapi dah tak cantik macam dulu.
tak senyum sorang-sorang dah bila pandang.
tak rasa paling berseri pun kalau pakai.
tak ada satu spesies bunga pun yang tumbuh berduyun-duyun dalam hati.
sebabnya mudah. :)
hati ini dah berbeza.
hati ini dah berubah.
hati ini telah mengusir insan itu.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”
That's the only reason . <3 

Tuesday, 12 February 2013

mencari identiti diri

hidup perlukan perubahan bukan? disebabkan itu sy terlalu-lah bersetuju dgn entry kwn2 that have been updated right after SPM habis.
yg mana mereka cakap :
"semua ex-form five stok delete entry lama ohh!"
tak dapat dinafikan! dan sy juga tergolong dalam kelompok tersebut.
TAPI KENAPA?
ada 1001 sebab,malah lebih daripada itu kalau ditanya setiap individu yg mlakukan tindakan sama.
namun , sy punya alasan tersendiri. setelah mengalami pelbagai asakan mental tak kurang fizikal di suatu tempat selama 2 tahun , ternyata sy telah lahir semula sebagai insan baru. baru dari segi cara berfikir.
dan pada pendapat sy , sepatutnya blog sy disajikan dgn entry yg bermanfaat dan bermesej.
bukan sekadar meluahkan sesuatu yg lebih bersifat peribadi semata2..(perkara seperti itu mungkin lebih afdal diadukan pd Allah atau dicatatkan di dalam diari)
di sini , sy seorg remaja yg mencari identiti diri..
memulakan langkah sbg seorg yg lebih matang dalam menghadapi pelbagai liku hidup
tak salah bukan utk BERUBAH ?
" maka setiap orang itu tidak mengetahui apa yang disimpankan untuk mereka dari (segala jenis nikmat) yang indah dipandang lagi menggembirakan sebagai balasan bagi amal yang mereka kerjakan " . (surah as-sajadah ayat 17)
wallahua'lam.